Monday, May 23, 2011

LEMBU PERTAMA


Salam Untuk semua pengunjung2 blog ini,

Alhamdulilah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dgn limpa kurniaNYA sy berjaya menceburkan diri dalam bidang ternakan lembu.... Dari Kesinambungan kejayaan projek ternakan Kambing Boer, Tanaman Cili Kulai, Ternakan Ayam Kampung Asli dapat lah saya mendalami bidang ternakan lembu ini dengan lebih tekun serta lebih yakin....
Seperti yg tuan-tuan n puan-puan faham, projek ternakan lembu ini amat berdaya saing sekiranya cara pengurusan serta marketing yg kite laksanakan menepati citarasa pengguna.. Dengan mempelbagaikan bidang n pengeluaran produk yg lebih menarik amnya akan memastikan setiap projek yg kite rancangkan akan mendapat tempat di hati pengguna...contoh ye, ternakan lembu ini sekiranya di pelbagaikan pengeluaran ye bukan sekadar bergantung semasa raya korban akan mendatangkan impak yg besar kepada pengusaha ternakan lembu.. Pengusaha di sarankan menjual daging lembu di sekitar pasar tani, pasar malam, pasar minggu untuk menjana pendapatan yg lebih utk menampung kos operasi supaya projek ternakan lembu ini lebih berjaya serta mempunyai network yg luas...
Gambar di atas adalah lembu pertama yg saya beli dalam projek ini, lembu ini telah 2 bln dalam pemerhatian sy....peningkatan berat badan amat ketara setelah sy membeli ye 2 bln yg lepas.... saya telah menempah 10 ekor lagi utk stok korban dan daging semasa hari raya yg bakal menjelma...Permintaan sungguh menggalakkan dr pembeli2 sekitar Banting....Semoga dgn bermulanya projek perintis ini saya akan dapat meneruskan minat sy serta akan menjadi sebahagian sumber rezeki sy kelak...
Kepada penternak-penternak lembu tegur lah saya sekiranya saya ade membuat sebarang kesilapan dalam menulis berkenaan ternakan lembu...jasa anda amat-amat saya hargai...salammmm....